Posts

Showing posts with the label Rampasan kuasa

Kerajaan pemberontak Umno negeri merampas bangunan DUN Perak

Kerajaan pemberontak Umno negeri dengan bantuan pasukan keselamatan persekutuan telah berjaya merampas bangunan dewan undangan negeri Perak, sekaligus menghalang ahli-ahli dewan undangan negeri daripada melangsungkan persidangan mereka secara adil. Tujuan kerajaan pemberontak Umno negeri merampas bangunan dewan undangan negeri tersebut adalah untuk menghalang persidangan tersebut diadakan bagi membuka peluang kepada pembubaran dewan agar pilihanraya negeri dapat diadakan semula. Tindakan kerajaan pemberontak Umno negeri tersebut adalah tidak berpelembagaan, menghina perlembagaan negeri, menghina amalan demokrasi dan tidak menghormati mandat rakyat. Umno Perak telah menjadi takut akibat kehilangan populariti mereka di kalangan rakyat dan enggan membubarkan dewan bagi mengadakan pilihanraya semula kerana mereka sedar bahawa Umno akan kalah teruk sekiranya ianya dilaksanakan. Oleh itu, kerajaan pemberontak Umno negeri mengambil keputusan untuk terus memerintah secara kuku besi di dalam us...

Kerajaan pemberontak Umno Perak tidak diiktiraf umum

Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno setelah kerajaan negeri Pakan Rakyat yang sah telah digulingkan adalah sebuah pentadbiran yang tidak diiktiraf oleh umum kerana ianya telah dibentuk dengan cara yang tidak berlandaskan peruntukan perlembagaan negeri tersebut. Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno ini telah dibentuk hasil daripada "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak dan dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno Datuk Najib Razak selaku ketua badan perhubungan Umno negeri. Hasil daripada "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak, Datuk Najib yang bertindak sebagai "speaker DUN" telah mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa Umno telah mencapai bilangan kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan yang baru. Kita mempersoal kesahihan "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak, dan kenapa Sultan Perak ...