KEMPEN SEORANG SERINGGIT UNTUK MENYOKONG SOOK HWA
Pada 4 Jun 2010, Saudari Soh Sook Hwa yang memohon ulasan judisi ke atas kes AUKU (Akta Universiti dan kolej Universiti 1971) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan telah ditolak oleh Makahmah Tinggi. Oleh itu, saudari Soh harus membayar kos pentadbiran mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh masa 30 hari. Atas perjuangan saudari Soh untuk menuntut hak dan kebebasan semua mahasiswa, maka kami akan mengadakan kempen seorang seringgit untuk mengumpulkan RM3000 sebagai pembayaran ke atas kos pentadbiran mahkamah dan sokongan terhadap perjuangan beliau. Latar Belakang Kejadian Pada bulan Disember 2004, pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendakwa saudari Soh Sook Hwa daripada Pusat Pengajian Komunikasi bahawa saudari telah melanggar Seksyen 15 AUKU berdasarkan sekeping gambar yang menunjukkan dia memakai baju kemeja -T yang memaparkan logo parti pembangkang yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan. Saudari Soh dikenakan tindakan tatatertib universiti dengan hukuman denda s...