Kerajaan pemberontak Umno negeri merampas bangunan DUN Perak
Kerajaan pemberontak Umno negeri dengan bantuan pasukan keselamatan persekutuan telah berjaya merampas bangunan dewan undangan negeri Perak, sekaligus menghalang ahli-ahli dewan undangan negeri daripada melangsungkan persidangan mereka secara adil.
Tujuan kerajaan pemberontak Umno negeri merampas bangunan dewan undangan negeri tersebut adalah untuk menghalang persidangan tersebut diadakan bagi membuka peluang kepada pembubaran dewan agar pilihanraya negeri dapat diadakan semula.
Tindakan kerajaan pemberontak Umno negeri tersebut adalah tidak berpelembagaan, menghina perlembagaan negeri, menghina amalan demokrasi dan tidak menghormati mandat rakyat. Umno Perak telah menjadi takut akibat kehilangan populariti mereka di kalangan rakyat dan enggan membubarkan dewan bagi mengadakan pilihanraya semula kerana mereka sedar bahawa Umno akan kalah teruk sekiranya ianya dilaksanakan.
Oleh itu, kerajaan pemberontak Umno negeri mengambil keputusan untuk terus memerintah secara kuku besi di dalam usaha menghalang kebangkitan rakyat dan demokrasi.
DAP Bagan akan terus memberikan sokongan kami yang penuh kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diterajui oleh Mentri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih secara sah oleh rakyat di dalam pilihanraya umum yang lalu.
DAP Bagan akan terus mengecam kerajaan pemberontak Umno negeri Perak sebagai sebuah pentadbiran yang tidak sah, haram dan kuku besi di mana ianya diperolehi melalui satu siri rampasan kuasa yang diterajui oleh Umno.

Comments