Penerbitan semua akhbar Pakatan ditangguh
Pakatan Rakyat memutuskan untuk menghentikan penerbitan semua parti komponennya ekoran ancaman yang berulangkali dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang mengeluarkan permit penerbitan mereka. Ia diputuskan dalam mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan di Parlimen hari ini, di mana pemimpin tertingginya memutuskan untuk menangguhkan penerbitan, sementara menunggu satu pertemuan dengan pegawai KDN. Akhbar rasmi parti komponen Pakatan - Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) telah menerima surat tunjuk sebab dari KDN kerana didakwa melakukan pelbagai kesalaan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka akan bekerjasama dengan mematuhi prosedur yang diperlukan dan garispanduan yang dikenakan. "Buat sementara waktu, lidah rasmi parti sama ada Suara Keadilan, Harakah dan Roket ditangguhkan penerbitannya dan keputusan ini akan dikaji semula minggu depan bagi membolehkan kita bertemu Hishammuddin. "Kami akan menjawab semua surat tunjuk sebab...