Posts

Showing posts with the label Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen Bagan

Image
Oleh Tee Yee Cheu Notis dengan ini deberi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan 2010 Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Parlimen Bagan akan diadakan pada 3hb Disember 2010, jam 8.30 malam, bertempat di Pusat Khidmat DAP Bagan yang beralamat 7109, Taman Aman Jaya, Jalan Raja Uda, 12300 Butterworth. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti yang berikut: a) Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen; b) Ucapan Oleh Wakil Negeri/Ahli Jawatankuasa Pusat; c) Memilih Pemegang-pemegang jawatan bagi tempoh 2010-2012, - Pengerusi - Timbalan Pengerusi - Naib Pengerusi - Setiausaha - Penolong Setiausaha - Setiausaha Organisasi - Setiausaha Publisiti - Bendahari - Pengarah Pendidikan Politik - Setiausaha Hal-ehwal Wanita - Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa d) Melantik dua (2) ahli sebagai Juruaudit; e) Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu; f) Meluluskan Penyata Kira-kira Kewangan yang lalu; g) Membincang dan membahaskan usul-usul. Semua ...

Notis Peringatan Pembayaran Yuran Tahunan Parti 2009

Ibupejabat parti ingin memaklumkan bahawa semua ahli biasa DAP dikehendaki menjelaskan yuran tahunan mereka bagi tahun 2009 atau tahun-tahun sebelumnya selewat-lewatnya sebelum atau pada 23hb Februari 2009 ini kepada ibupejabat parti Pulau Pinang di No.14 Jalan Talipon, 10400 Pulau Pinang. Hanya ahli-ahli yang sudah menjelaskan yuran-yuran tahunan mereka dibenarkan bersuara dan mengundi pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ibupejabat kami di talian 04-2288482 atau 04-2277068. Sekian, terima kasih.