Posts

Showing posts with the label Perpaduan

Tambah dana untuk rumah ibadat bukan Islam

Malaysiakini ~ Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka. "Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini. "Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam." Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam. Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja. Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau...