P59 Bukit Gantang: 1,600 Ahli BN sertai Pakatan Rakyat
Seramai lebih 1, 600 orang ahli komponan Barisan Nasional, termasuk Umno, Gerakan, MCA dan MIC, di kawasan Bukit Gantang telah menyertai KeADILan sejak berlaku krisis perlembagaan dan rampasan kuasa Umno /BN terhadap kerajaan Perak yang sah dari Pakatan Rakyat pada Februari lalu.
Pengerusi Perhubungan KeADILan Osman Abd. Rahman berkata, mereka ini memasuki KeADILan kerana tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan tindakan Umno/BN yang merampas kerajaan Perak secara tidak bermaruah.
Dalam satu majlis penyerahan borang di bilik Gerakan Induk, Jalan Simpang, Taiping, semalam, Osman berkata, KeADILan juga sudah menerima lebih daripada 1,000 borang keahlian di kawasan Bukit Gantang dan berjanji akan mengundi dan memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat Mohammad Nizar.

Comments