Ada apa dengan politik perkauman?
Oleh Abd Manan Abd Razak, Naib Pengerusi DAP Kuala Perlis Pemerintahan Barisan Nasional selama 54 tahun telah menyebabkan rakyat Malaysia dipecahbelahkan mengikut kaum masing-masing. Oleh itu BN menerusi parti-parti komponennya telah mempropagandakan perjuangan terhadap sesuatu kaum yang seolah-olah dilihat hanya UMNO berjuang untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk kaum India serta lain-lain komponen yang secara dasarnya adalah sama. Setelah sekian lama di bawah pentadbiran BN, kini rakyat sudah sedar akan politik berasaskan perkauman yang dibawa oleh BN tidak membawa kepada perpaduan. Tsunami politik 2008 telah membuktikan kebenaran rasa tidak puas hati rakyat yang ditafsirkan dalam bentuk kertas undi. Rakyat pelbagai kaum bersatu secara sendirinya tanpa diadakan apa-apa program khusus. Semuanya berlaku atas kesedaran peribadi serta secara bermasyarakat. Parti PAS, PKR dan DAP telah mendapat habuan besar dengan 82 kerusi Parlimen dan 5 kerajaan negeri. Setelah terkesan...