Kekalkan kerajaan berjiwa rakyat yang martabatkan rakyat
Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung merangkap Ahli Parlimen Bagan
Dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri, saya mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga 1 Syawal 1432 Hijrah demgan harapan baru untuk menjalankan tugas kerja masing-masing dengan penuh bertanggungjawab dan melawan sebarang kemungkaran.
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berusaha menunaikan kewajipan kami kepada rakyat dengan urustadbir CAT - Cekap, Akauntabel dan Telus yang berlandaskan "amar maaruf nahi mungkar". Urustadbir baik dan cekap ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat tempatan dan negara seperti oleh Lapuran Ketua Audit Negara dan perunding dana kewangan Tan Siok Choo. Malah Pulau Pinang baru ini dipuji oleh majalah ekonomi antarabangsa "The Economist" dan Transparency International atas usaha melawan rasuah dan mengamalkan sistem tender terbuka.
Pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba mainkan sentimen perkauman dengan m...