Mesyuarat Agung Tahunan DAPSY Bahagian Bagan

DAPSY Bahagian Bagan akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 18 Julai 2010 bersamaan dengan hari Ahad pada jam 3.00 petang bertempat di Pusat Perkhidmatan DAP Parlimen Bagan / KADUN Bagan Jermal, 7109 Taman Aman Jaya, Jalan Raja Uda, 12300 Butterworth.

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:

1) Ucapan Ketua Pemuda DAPSY Bahagian
2) Ucapan Wakil Majlis Eksekutif DAPSY Negeri
3) Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
4) Mempertimbangkan dan menerima laporan DAPSY Bahagian dan Penyata Kewangan Tahunan
5) Mempertimbangkan dan menerima resolusi-resolusi yang dikemukakan
6) Memilih 12 orang ahli Majlis DAPSY Bahagian dan melantik 2 orang juruaudit Bahagian
7) Melantik perwakilan-perwakilan untuk ke Kongres Nasional DAPSY yang akan datang
8) Membincang perkara-perkara lain yang berbangkit

Kehadiran saudara/saudari pemuda DAPSY Bahagian adalah sangat dialu-alukan.

Yang bersaudara,

Ng Wei Aik
Setiausaha DAPSY Pulau Pinang
Tel: 019-2106040

Comments

Popular posts from this blog

Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!

火箭推出4口味月餅‧賣一盒捐2元充趙明福基金