KEMPEN SEORANG SERINGGIT UNTUK MENYOKONG SOOK HWA
Pada 4 Jun 2010, Saudari Soh Sook Hwa yang memohon ulasan judisi ke atas kes AUKU (Akta Universiti dan kolej Universiti 1971) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan telah ditolak oleh Makahmah Tinggi. Oleh itu, saudari Soh harus membayar kos pentadbiran mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh masa 30 hari.
Atas perjuangan saudari Soh untuk menuntut hak dan kebebasan semua mahasiswa, maka kami akan mengadakan kempen seorang seringgit untuk mengumpulkan RM3000 sebagai pembayaran ke atas kos pentadbiran mahkamah dan sokongan terhadap perjuangan beliau.
Latar Belakang Kejadian
Pada bulan Disember 2004, pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendakwa saudari Soh Sook Hwa daripada Pusat Pengajian Komunikasi bahawa saudari telah melanggar Seksyen 15 AUKU berdasarkan sekeping gambar yang menunjukkan dia memakai baju kemeja -T yang memaparkan logo parti pembangkang yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Saudari Soh dikenakan tindakan tatatertib universiti dengan hukuman denda sebanyak RM200 dan diberikan amaran keras atas sebab saudari dituduh berkempen untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua di kawasan Parlimen Batu, Kuala Lumpur. Namun demikian, sembilan pensyarah universiti telah membayar RM200 sebagai sokongan ke atas saudari Soh pada masa itu.
Tindakan saudari Soh merupakan kes pertama mahasiswa yang mencabar kesahihan AUKU terutamanya dalam kandungan AUKU yang melarang ahli akademik dan mahasiswa terbabit dalam politik tanpa kebenaran pihak universiti terlebih dahulu.
Soh juga membuat permohonan untuk semakan terhadap keputusan kementerian yang menolak rayuannya berhubung tindakan yang dikenakan oleh lembaga disiplin USM.
Soh memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 15 AUKU – yang melarang mahasiswa meyertai persatuan atau parti politik – dan beberapa peruntukan lain dalam peraturan dan tatatertib USM sebagai akta yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes makahmah ditangguhkan atas masalah teknikal kehakiman sepanjang 5 tahun.
Akhirnya, pada 4 Jun 2010 Makahmah Tinggi atas hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh telah menolak permohonan saudari Soh Sook Hwa untuk membuat semakan kehakiman terhadap AUKU atas dua sebab, iaitu prosiding USM terhadap saudari Soh adalah tidak bercanggahan dan Akta ke-15 dalam AUKU telah digubalkan oleh kementerian.
Bagi pihak Tuan/Puan/Cik yang ingin menderma, sila membuat dermaan melalui bank dengan
Nombor Bank Akaun: 137-202-200053-4
Bank: AmBank
Nama Penerima: DEMA ENTERPRISE
Sekiranya penderma ingin mendedahkan maklumat (nama dan jumlah dermaan), sila hantar maklumat kepada:
Saudara Khaw Seng Hean
E-mel: carlitokhaw@gmail.com
Nombor telefon: 016-4045348
Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan/Cik, tempoh kempen pendermaan adalah dari 14hb Jun 2010 sehingga 1hb Julai 2010.

Comments