Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis "fatwa" untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran Al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:56). Para pemimpin Umno dan hamba-hamba NGO di bawahnya tidak berhak untuk mengarah ataupun menentukan mana-mana pihak yang bersalah dan dihukum. Kalaulah seseorang itu benar-benar bersalah, sudah lama orang tersebut telah menerima akibatnya. Tetapi kenapa sehingga kini, orang tersebut masih selamat berada di bumi ini? Janganlah digunakan nama Tuhan untuk cuba menjatuhkan "hukuman" itu mengikut undang-undang "Umno". Itu lagi berdosa, kerana mempergunakan nama Tuhan untuk tujuan-tujuan keji lagi jahat! Seterusnya
Comments