Rampasan kuasa oleh Umno di Perak

Kami seluruh warga DAP dan pengundi di kawasan parlimen Bagan ingin menyatakan sokongan padu kami kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Mentri Besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di dalam menghadapi krisis perlembagaan yang melanda negeri tersebut baru-baru ini.

Kami juga dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan Umno yang telah melancarkan siri rampasan kuasa mereka menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah dipilih oleh rakyat.

Kami juga dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan para pemimpin Umno yang telah menyalahgunakan pasukan keselamatan untuk memberikan tekanan terhadap Sultan Perak agar baginda segera mengiktiraf kerajaan pemberontak yang dibentuk oleh Umno Perak dan kami juga ingin tegaskan bahawa perbuatan Umno ini adalah derhaka yang sebenar kerana mereka telah mempergunakan kesultanan negeri untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
Tindakan Umno ini adalah derhaka bukan sahaja terhadap institusi Raja tetapi seluruh rakyat negeri Perak pada amnya. Umno adalah penderhaka yang sebenarnya bagi segala masalah dan krisis yang sedang melanda negeri Perak.

Comments

Popular posts from this blog

Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!

火箭推出4口味月餅‧賣一盒捐2元充趙明福基金