Kerajaan pemberontak Umno Perak tidak diiktiraf umum
Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno setelah kerajaan negeri Pakan Rakyat yang sah telah digulingkan adalah sebuah pentadbiran yang tidak diiktiraf oleh umum kerana ianya telah dibentuk dengan cara yang tidak berlandaskan peruntukan perlembagaan negeri tersebut.
Kerajaan pemberontak negeri Perak yang diterajui oleh Umno ini telah dibentuk hasil daripada "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak dan dipengerusikan oleh timbalan presiden Umno Datuk Najib Razak selaku ketua badan perhubungan Umno negeri.
Hasil daripada "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak, Datuk Najib yang bertindak sebagai "speaker DUN" telah mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa Umno telah mencapai bilangan kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan yang baru.
Kita mempersoal kesahihan "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak, dan kenapa Sultan Perak selaku bekas ketua hakim negara boleh melakukan kesilapan sedemikian dengan memberikan pengiktirafan kepada hasil "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak? Adakah baginda dikenakan tekanan dan terpaksa berbuat demikian?
Mengikut undang-undang tubuh negeri semua persidangan dewan undangan negeri sepatutnya diadakan di dalam bangunan dewan undangan negeri itu sendiri dan bukannya di ibupejabat Umno. Itu telah menyalahi dan melanggari perlembagaan sepenuhnya. Paling tidak munasabah sekali ialah "persidangan dewan undangan negeri" yang diadakan di ibupejabat Umno Perak tidak dipengerusikan oleh Speaker DUN yang asal tetapi sebaliknya dipengerusikan oleh Datuk Najib.
Oleh itu, tindakan Speaker DUN V.Sivakumar menggantung mentri besar Umno dan ahli-ahli exco kerajaan pemberontaknya daripada menghadiri sidang dewan undangan negeri yang akan datang adalah wajar dan mengikut peruntukan yang sah.
Daripada pandanngan rakyat jelata Umno tetap merupakan pemberontak di negeri Perak yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah. Pentadbiran yang sedang berjalan di Perak kini diterajui oleh kerajaan pemberontak pimpinan Umno.
Hakikatnya adalah Umno adalah pemberontak dan telah merampas kuasa.

Comments