Pengundi Bukit Selambau masih dalam mood perubahan
PENGARAH Pilihanraya KeADILan Negeri Kedah , Johari Abdul berkata rakyat khususnya para pengundi di Dun Bukit Selambau masih berada dalam mood perubahan selepas pilihanraya umum pada 8 mac lalu dan kemenangan berturut-turut Pakatan rakyat pada dua pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. “Kita hanya perlu hidupkan semula jentera dan ketengahkan isu-isu yang masih panas untuk mengekalkan kemenangan pada pilihanraya kecil ini,”ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan jentera Pilihanraya di Sungai Lalang. Menurut beliau yang juga merupakan Ahli parlimen Sungai Petani, para petugas Pakatan Rakyat telah tiba ke kawasan itu sejak pertengahan bulan mac dan kebangkitan anak muda dapat dilihat di markas-markas Pakatan rakyat. “Ini tunjukkan fenomena baru selepas perhimpunan Umno, rakyat bangun secara mendadak menyatakan rasa kurang senang dengan proses peralihan kuasa yang berlaku dalam Umno dan kerajaan,”katanya. Katanya, tindakan pihak pemerintah menghalang ceramah pi...